Kehidupan selebriti sentiasa kelihatan glamor dari setiap sudut. Penampilan, kecerdasan dan fesyen sentiasa menonjolkan siapa diri mereka. Di dalam skrin atau di luar skrin, mereka perlu sentiasa kelihatan sempurna. Berada dalam industri ini, adalah sangat penting bagi selebriti untuk mengubah diri mereka menjadi yang terbaik, kerana mereka akan sentiasa di ikuti rapat oleh paparazi dan pihak media, jadi tersangat penting untuk menjaga rupa mahupun bentuk badan mereka.
Tahukah anda ramai selebriti berjaya mengejutkan peminat dengan perubahan fizikal yang sangat ketara sebelum ini.

Keerthy Suresh kehilangan banyak berat badan selepas penampilannya dalam filem Mahanati. Sebelum ini Keerthy digemari penonton kerana penampilannya yang agak gempal, namun pada tahun 2019 dia mengejutkan semua orang dengan perubahan bentuk badannya. Keerthy di kritik kerana penampilannya yang terlalu kurus dan cengkung, tapi hari ini dia telah berjaya mengekalkan dan kelihatan sungguh mempesona. Aktres itu juga telah meningkatkan fesyennya tapi menetapkan matlamat dengan setiap pakaian.
Keerthy menjelaskan dalam satu temu bual bersama media, bahawa dia menurunkan berat badan untuk menjayakan wataknya filem Mahanati. “Pengarah telah memberitahu saya bahawa saya perlu kelihatan langsing supaya mana-mana pakaian sesuai dengan saya.”

Anushka Shetty heroin Baahubali ini, sebelum ini di kritik dengan teruk, selepas bentuk badannya berubah dengan sangat ketara. Namun, kini dia telah mengejutkan semua orang dengan penampilan terbarunya. Anushka Shetty Sebelum ini menganjurkan gaya hidup sihat dan bercakap panjang lebar mengenai isu imej badan dan cara untuk mengatasinya.

Nivin Pauly baru-baru ini mengalami perubahan drastik dengan penurunan berat badannya. Nivin yang di kritik kerana berat badannya yang berlebihan, membuatkan semua orang terpegun dengan wajah barunya. Nivin telah berkongsi gambar sebelum dan selepas di akaun instagramnya, Kelihatan ramai yang menyukai penampilan baharunya.

Akhil Akkineni Menjalani transformasi fizikal yang ketara bagi memenuhi filem terbarunya yang akan datang. Foto sebelum dan selepas akan membuat anda kagum, pelakon Hello, sebelum ini agak kurus dan kini badannya di isi dengan ketulan 6pax. Tidak mustahil dengan penampilan terbarunya ini, pasti banyak peluang yang bakal menantinya ke hadapan nanti.

Tamannaah Bhatia, yang membuat debut pertamanya pada usia 15 tahun, banyak yang berubah sejak itu dengan fesyen dan badannya. Tamannaah berjaya mengurangkan berat badannya dan fokus untuk kekal cergas. Bukan itu sahaja, Tamannaah turut meningkatkan tahap berfesyennya.











