Home Info 3 FILEM TAMIL BARU BAKAL MELEDAK DI PAWAGAM MINGGU INI

3 FILEM TAMIL BARU BAKAL MELEDAK DI PAWAGAM MINGGU INI

Kalau anda kaki wayang dan sedang cari filem Tamil terbaru untuk ditonton minggu ini, berita baik untuk anda. Ada tiga buah filem menarik yang akan mula ditayangkan di pawagam antara 15 hingga 20 Jun 2025. Barisan pelakon pun bukan calang-calang. Ada Dhanush, Nagarjuna, Rashmika Mandanna, Atharvaa Murali dan ramai lagi.

Jom tengok senarai penuh filem yang bakal menggegarkan layar perak minggu ni.

KUBERAA

Filem pertama yang paling dinantikan sudah tentu Kuberaa. Filem ini menggabungkan dua pelakon hebat dari dua industri berbeza iaitu Dhanush dari Tamil dan Nagarjuna dari Telugu. Disutradarai oleh Sekhar Kammula, filem ini merupakan naskhah dwibahasa yang bergenre thriller sosial.

Dhanush memegang watak sebagai seorang pengemis yang pada mulanya kelihatan biasa saja. Tapi semuanya berubah apabila dia menjadi sebahagian daripada skim licik seorang akauntan untuk menipu golongan elit dan orang-orang kaya. Plot menjadi lebih menarik bila pengemis ni rupa-rupanya jauh lebih bijak dari apa yang dilihat di mata kasar.

Selain Dhanush dan Nagarjuna, filem ini turut dibintangi oleh Rashmika Mandanna, Jim Sarbh, Dilip Tahil, Sayaji Shinde, Sunaina, Divya Dekate dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan bermula 20 Jun 2025.

DNA

Satu lagi filem yang wajib diberi perhatian ialah DNA. Filem bergenre aksi jenayah ini diarahkan oleh Nelson Venkatesan dan dibintangi oleh Atharvaa Murali dan Nimisha Sajayan sebagai pelakon utama. Menariknya, skrip filem ini turut ditulis bersama oleh Nelson dan Athisha Vino.

Kisahnya berkisar tentang sepasang suami isteri yang berkahwin walaupun si isteri mempunyai sejarah penyakit mental. Kehidupan mereka mula menjadi kacau bilau apabila si isteri mula merasakan bayi yang dilahirkannya telah ditukar dengan bayi lain. Si suami kemudian nekad untuk membuktikan kebenaran dan melakukan apa saja demi keluarganya.

Turut sama membintangi filem ini ialah Balaji Sakthivel, Ramesh Thilak, Viji Chandrasekhar, Chetan, Riythvika dan Subramaniam Siva. DNA juga akan ditayangkan pada 20 Jun 2025.

CHENNAI CITY GANGSTERS

Kalau anda peminat filem komedi dan heist, Chennai City Gangsters mungkin filem yang sesuai untuk anda. Filem ini diarahkan oleh dua pengarah iaitu Vikram Rajeshwar dan Arun Keshav. Kisahnya bermula dengan dua lelaki yang secara tidak sengaja kehilangan duit yang sepatutnya disimpan dengan selamat.

Dalam usaha untuk dapatkan semula duit tersebut, mereka bertembung dengan empat penipu yang sangat pelik dan gila-gila. Dari situlah bermulanya siri peristiwa kelakar yang membawa mereka kepada satu rancangan rompakan bank yang penuh huru-hara dan jenaka.

Watak utama dilakonkan oleh Vaibhav dan filem ini turut dibarisi oleh pelakon seperti Athulya Ravi, Manikandan Rajesh, Anandaraj, Livingston dan Rajendran. Sama seperti dua filem lain, Chennai City Gangsters juga akan menemui penonton pada 20 Jun 2025.

FILEM TAMIL DUBBING TURUT MENEMBUSI PASARAN

Selain tiga filem Tamil asal ini, versi Tamil untuk beberapa filem luar turut akan ditayangkan. Antaranya Elio dan Sitaare Zameen Par lakonan Aamir Khan yang juga menarik untuk ditonton di layar besar.

Jadi kalau anda bercadang nak luangkan masa di pawagam minggu ini, memang banyak pilihan menarik. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan karya-karya terbaru yang menjanjikan hiburan luar biasa.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here