Home Info 10 Filem Thriller Hindi Yang Wajid Ditonton Dengan Plot Twist Terbaik –...

10 Filem Thriller Hindi Yang Wajid Ditonton Dengan Plot Twist Terbaik – TamilsBolly

Kepada peminat filem Hindi yang menyukai genre thriller, dibawah ini kami syorkan 10 filem thriller yang harus ditonton dengan plot twist PADU.

1) Badla (2019)

photo by imdb

Sinopsis

Filem Badla ini merupakan versi remake daripada filem thriller Sepanyol iaitu El Contratiempo. Mengisahkan seorang ahli perniagaan wanita iaitu Naina Sethi (Taapse Paanu) yang telah disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan teman lelakinya sendiri yang bernama Arjun. Naina kemudian menerima kunjungan peguam veteran, Badal Gupta (Amitabh Bachan) yang datang untuk membantu naina bagi menuntut keadilan yang sebenar.

2) Ittefaq (2017)

photo by imdb

Sinopsis

Filem Ittefaq ini mengisahkan Vikram (Sidharth Malhotra) iaitu seorang novelis berketurunan India yang disyaki sebagai dalang utama dalam kes kematian isterinya, dia kemudian melarikan diri dan menyembunyikan diri daripada pihak polis di sebuah apartment milik seorang gadis bernama Maya (Sonaksi Sinha). Tapi Malangnya Vikram disyaki pula membunuh Shekar iaitu suami kepada Maya. Sementara itu, pegawai penyiasat iaitu Dev Verma (Akshay Khanna) berada dalam dilema untuk menentukan siapa pembunuh sebenar kerana pada pengamatannya bukan Vikram seorang saja yang menjadi suspek, bahkan dev juga mecurigakan Maya sebagai suspek.

3) Andhadhun (2018)

photo by imdb

Sinopsis

Akash (Ayushmann Khurrana) adalah seorang lelaki buta yang menyamar sebagai pemain piano. Satu hari, Akash secara tidak sengaja telah dilanggar oleh seorang perempuan bernama Sophie. Peristiwa itu seterusnya memberi tuah kepada Akash apabila dia ditawarkan pekerjaan sebagai pemain piano di restoran ayah Sophie. Akash kemudian dijemput oleh bekas pelakon iaitu Pramod Sinha untuk bermain piano sempena ulang perkahwinannya dengan isterinya Simi (Tabu). Ketika Akash pergi ke rumah Pramod Sinha untuk bermain piano dia dengan tidak sengaja melihat mayat Pramod Sinha yang telah mati dibunuh.

4) Drishyam (2015)

photo by imdb

Sinopsis

Kehidupan bahagia yang dikecapi oleh Vijay Salgaonkar (Ajay Devgan)  bersama keluarganya berubah dalam sekelip mata. Semuanya bermula selepas anak perempuan Vijay iaitu Anju secara tidak sengaja telah membunuh Sam yang juga merupakan anak kepada Inspektor Meera Deshmukh (Tabu). Demi melindungi Anju, Vijay menggunakan segala kepakaran untuk melupuskan semua bukti pembunuhan bagi mencipta alibi yang kukuh. Naluri seorang ibu, Inspektor Meera yakin bahawa keluarga Vijay sememangnya sedang memanipulasi keadaan dan dia percaya yang anaknya telah dibunuh oleh mereka.

5) A Wednesday (2008)

photo by imdb

Sinopsis

FIlem ini mengisahkan seorang pegawai polis iaitu Prakash Rathod (Anupam Kher) menerima satu panggilan telefon misteri. Pemanggil telefon itu mendakwa bahawa dia telah meletakkan lima biji bom di beberapa lokasi di sekitar Mumbai. Prakash kemudian meminta dua orang anak buahnya iaitu Arif Khan dan Jay Pratap Singh mengesan lokasi bom dan juga mencari tahu siapakan lelaki misteri tersebut. Pada masa yang sama, Prakash diminta untuk melepaskan empat orang banduan yang juga merupakan anggota kumpulan pengganas yang membahaya.

6) Ugly (2013)

photo by imdb

Sinopsis

Mengisahkan Rahul yang merupakan seorang pelakon telah keluar bersama anak perempuannya iaitu Kali atas urusan kerja. Kecuaian Rahul yang membiarkan Kali untuk tinggal bersendirian di dalam kereta membawa padah apabila anak perempuannya itu telah diculik. Ayah tiri Kali iaitu Shoumik Bose juga seorang anggota polis mengesyaki Rahul adalah suspek utama dalam kes penculikan tersebut.

7) Kahaani (2012) 

photo by imdb

Sinopsis

Vidya Bagchi (Vidya Balan) yang sedang mengandung terbang dari London menuju ke Kolkata, India. Tujuannya adalah untuk mencari suaminya iaitu Arnab Bagchi yang sebelum ini bertugas di National Data Center (NDC) telah dilaporkan hilang. Vidya yang dibantu oleh Inspektor Satyaki Sinha (Parambrata Chatterjee) makin berasa pelik selepas semua orang yang ditemui memberitahu langsung tidak mengenali Arnab Bagchi. Lagi mengejutkan, rekod Arnab Bagchi tidak pernah wujud di pangkalan data National Data Center. Jadi, siapa suami Vidya?

8) Talaash (2012)

photo by wikipedia

Sinopsis

Armand Kapoor iaitu seorang pelakon terkenal India telah meninggal dunia akibat kemalangan. Kes itu kemudian disiasat oleh Inspektor Surjan Singh Shekhawat (Amir Khan) dan pembantunya yang bernama Devrath Kulkarni. Siasatan kes tersebut bagaimanapun menemui jalan buntu ekoran kekurangan bukti. Hinggalah kemunculan pelacur bernama Rosie (Kareena Kapoor), maka bermulalah siasatan yang menyeluruh apa yang terjadi kepada Armand Kapoor.

9) Table 21

photo by imdb

Sinopsis

Vivaan (Rajeev Khandelwal) dan Siya (Tina Desai) telah memenangi satu trip percutian mewah ke Kepulauan Fiji. Disana, mereka berdua berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Mr. Khan (Paresh Rawal). Vivaan dan Siya kemudian diundang oleh Mr. Khan untuk bermain satu permainan dinamakan sebagai Table 21 yang menawarkan hadiah berupa wang ganjaran yang sangat lumayan. Permainan yang nampak mudah pada mulanya itu sebenarnya adalah sebuah mimpi ngeri bagi Vivaan dan Siya. permainan yang menentukan hidup dan mati.

10) Karthik Calling Karthik (2010)

photo by imdb

Mengisahkan Karthik Narayan (Farhan Akhtar) merupakan seorang lelaki introvert yang sentiasa bernasib malang dalam hidupnya. Pada masa sama, dia juga memendam perasaan terhadap rakan sekerjanya iaitu Shonali Mukherjee (Deepika Padukone). Selepas peristiwa diejek oleh majikannya, Karthik yang mengalami kemurungan bertekad untuk membunuh diri. Namun pada kemudiannya satu panggilan telefon yang dijawab oleh Karthik telah mengubah segala-galanya. Lagi misteri, pemanggil telefon itu adalah Karthik sendiri.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here