Tahun 2025 memang meriah dengan filem filem Korea yang gempak. Macam macam genre ada, daripada yang seram psikologi sampai buat kita tak berani duduk sorang sorang, sampailah ke filem aksi dan drama yang menyentuh perasaan.
Ini kami senaraikan 10 filem paling top yang keluar tahun ini, terus dari video ulasan yang tengah trending tu. Kami ringkaskan cerita dia dan kat mana korang boleh tonton kalau ada.
10. Wall to Wall
Kisah dia pasal seorang lelaki yang baru pindah masuk ke rumah idaman dia. Ingatkan dapatlah hidup tenang, tapi rupanya tak. Dinding rumah tu asyik keluarkan bunyi pelik pelik. Jiran jiran dia pun satu macam, perangai seram semacam. Filem ni mula mula memang bikin cuak, tapi ramai kata penghujung dia macam merapu sikit.
Platform OTT: Netflix
9. Nocturnal
Filem ni genre jenayah thriller. Ia mengisahkan seorang bekas gengster yang cuba nak mulakan hidup baru dengan aman. Tapi bila abang dia meninggal dunia, dia terpaksa masuk balik ke dunia gelap tu. Apa yang buat cerita ni menarik, cara abang dia mati tu sebijik macam apa yang ditulis dalam sebuah novel misteri.
Platform OTT: Iqiyi
8. Revelations
Yang ini dari pengarah filem popular Train to Busan. Cerita dia agak berat. Pasal seorang paderi yang ada masalah peribadi. Dia percaya yang dia dapat ‘misi’ dari Tuhan untuk hukum seorang bekas banduan. Pada masa yang sama, ada seorang detektif yang juga tengah buru banduan tu sebab dendam lama.
Platform OTT: Netflix
7. The Ugly
Ini pun dari pengarah yang sama. Filem ni berdasarkan novel grafik. Cerita dia pasal seorang anak lelaki yang jumpa rangka mak dia selepas 40 tahun hilang. Dulu semua orang panggil mak dia hodoh. Jadi si anak ni cuba siasat rahsia di sebalik kehilangan mak dia. Filem ni lebih kepada drama emosi dan misteri.
Platform OTT: Masih ditayang di pawagam
6. The Old Woman with the Knife
Cerita pasal seorang makcik otai. Dia ni sebenarnya pembunuh upahan lagenda yang dah berumur 60an. Hidup dia jadi kacau bila ada seorang pembunuh muda yang jahat nak cabar dia. Dia nak rampas tempat makcik ni sebagai pembunuh nombor satu. Jadi bermulalah pertarungan antara yang lama dan yang baru.
Platform OTT: Prime Video
5. Love Untangled
Filem ni genre komedi romantik yang sweet. Watak utama dia seorang perempuan yang ada rambut kerinting. Dia rasa tak yakin sangat dengan rambut dia. Dia cuba macam macam cara nak luruskan rambut sebab nak pikat lelaki idaman dia. Tapi tanpa sedar, dia sebenarnya dah jatuh cinta dengan kawan baru dia.
Platform OTT: Netflix
4. Mantis
Kalau korang pernah tengok filem Kill Boksoon, yang ini adalah filem spin off dari dunia yang sama. Watak utama dia nama Mantis, seorang pembunuh upahan elit. Dia baru balik dari bercuti, tapi tengok tengok dunia pembunuh upahan dah huru hara sebab bos besar dah mati. Dia kena bersaing dengan musuh lama dia untuk jadi ketua baru.
Platform OTT: Netflix
3. The Match
Filem sukan ni berdasarkan kisah benar yang sangat popular di Korea. Ia pasal dua orang pemain ‘Go’ yang sangat lagenda. Sorang cikgu, sorang lagi anak murid dia yang sangat berbakat. Hubungan diaorang diuji bila diaorang terpaksa berlawan sesama sendiri dalam satu perlawanan akhir yang besar.
Platform OTT: Netflix
2. Yadang The Snitch
Ini filem jenayah yang jadi bualan ramai. Cerita dia pasal seorang ‘informer’ polis atau ‘snitch’ yang sangat licik dan pandai berlakon. Dia terperangkap kat tengah tengah antara seorang pendakwaraya yang tamak kuasa dengan seorang detektif polis yang tak ikut peraturan. Lakonan Kang Ha Neul dalam filem ni memang terbaik.
Platform OTT: Netflix and Viki
1. No Other Choice
Filem nombor satu ni memang unik. Dari pengarah terkenal Park Chan Wook. Cerita dia pasal seorang lelaki yang baru kena buang kerja. Dia terlalu terdesak nak dapatkan kerja baru. Sebab tak ada pilihan lain, dia buat rancangan gila. Dia rancang nak bunuh semua pesaing dia yang lain untuk dapatkan kerja tu. Filem ni kelakar tapi dalam masa sama ngeri gila.
Platform OTT: Masih ditayangkan di pawagam